Monday, 9 September 2013

apakan daya...

Hidup sebagai orang bawahan memang segala keputusan tak dapat kita nak buat...
Tp,aku terkilan nape mesti bila aku nak mencari rezeki yang lebih bila dah ada,orang nak tahan pulak...
aku cuba bersabar dan bersabar...salah ke aku?
berdosa ke aku? klu aku pergi jgk?
tak salah dan berdosa pun kan...asalkan keje aku buat...
seperti tajuk yang aku tulis apakan daya,aku hanya orang bawahan yang bergaji...
tidak boleh berbuat apa2...
But,i'm really2 sad....
xpelah...mungkin rezeki lain akan datang insyallah...
allah maha besar lagi maha pemurah...

Tuesday, 23 July 2013

elak

Benda yang kita cuba elak,tp akhirnya terkena juga
Orang yang takde di tempat aku takkan pernah faham dan tahu..
Jadi jangan2 lah cuba menuduh yang aku tak pernah nak buat..
Salahkah aku klu berkawan dengan siapa aku nak berkawan?
Itulah orang kata bila dah berstatus macam ni bermacam2 orang akan cop kita ni jahat..
Aku cuba menjaga hati dan menghormati orang2 yang aku anggap dah macam adik dan kakak sendiri..
Tp apakan daya tak semua akan suka dengan kita..
Cuba tabah,kuat dan redha dengan segala apa yang berlaku..
Kita cuma merancang tuhan yang menentukan..
Kadang-kadang kita sangka panas sampai ke petang..
Tiba-tiba hujan turun membasahi bumi..
Dalam hujan yang turun tu aku mengharapkan ada sinar pelangi yang akan muncul dalam hidup aku...
Ku cuba mencari kebahagiaan yang telah lama hilang dalam hidup aku..
2 years in my life hidup tanpa bergantung pada seseorang..rindu alam berumah tangga siapa kata tak...
Tp apakan daya jodoh maut dan ajal bukan ditangan kita...
Tuhan berikan kepahitan dulu supaya kita sentiasa ingat pada dia(allah)
Kemudian dia akan berikan ganjaran yang kadang-kadang kita tak sangka...
Itulah janji allah..
*ya allah sesungguhnya hati aku terlalu halus dan rapuh untuk aku tempuhi ujian mu,semoga aku diberikan hikmah darimu,kau berikan aku ketabahan dan keradhaan dalam dugaan ini...ameen..*



Friday, 19 July 2013

hinanyer aku

Aku tahu hidup aku xsempurna seperti org2 lain..
Tp bukan kehendak aku
Segalanya allah telah aturkan
Walaupun benda ini mmg aku xnak tp sape aku untuk menahan takdir
Yng aku terkilan org melebelkan aku ni mcm pompuan yng jahat seperti nak merampas pasangan org...
Mmg tepat apa yng aku rasa selama ini..
Xperlu nak menjaja, tak perlu nak menghasut dan tak perlu nak menuduh..
Ingat bahawa tuhan tu maha adil..

Thursday, 13 June 2013

sekeliling..

tak semua orang akan faham keadaan kita,
tak semua juga akan faham situasi kita,
kehidupan yang sederhana serba kekurangan mengingatkan aku supaya sedar pada diri sendiri..
mampukah aku pikul semua tanggungjawab ini,
kadang-kadang terlangkup jugak...
aku bangkit balik bila tengok wajah anak comel yang meningkat besar untuk dia merasa kehidupan ini..
memang aku tak boleh nak mengalah...
cuma aku harapkan supaya ada insan yang dapat sama-sama merasa kepayahan,kesakitan,kesusahan dan kegembiraan..
apa yang ada semuanya bertopeng..luaran aje nampak baik..
nak bertemu insan seperti "papa adam" dalam drama "teduhan kasih" aduhh memang susahlah untuk kita bertemu...
jikalau lah ada aku bertemu sesungguhnya aku bersyukur sangat-sangat...


#allahsentiasaada
#redha
#ujian

-n u r u l s h a k i z a @ a s y r a f f-

Thursday, 30 May 2013

2 years..

Begitu lama memegang tittle single mother,tup tup dah nak masuk 2 years..
dugaan memang banyak,
tepis punya tepis kadang-kadang tempias jugak..
tp aku cuba sabar dan redha...
kadang-kadang hati ni rasa kecik sgt nak berlagak mcm bujang padahal ada tittle yng xsedap didengar..
aku mampu senyum je...
tp sampai bila senyuman ni akan bertahan? sape yang boleh memahami?
klu ada pun,cuma hanya untuk seketika...bila dah bosan tinggalkan...
itulah adat manusia...berjanji memang mudah,melakukan jauh skali ada yang dapat tunaikan..
Oleh itu sentiasa ingat pada allah,hanya dia tempat kita mengadu..

Friday, 10 May 2013

it's time..

tiba masa untuk aku bangkit balik..
wahai hati jangan bersedih-sedih lagi,biarlah dengan apa yang terjadi..
cuba keraskan hati supaya tabah untuk harungi.
walaupun orang kata masa tu panjang and muda bagi aku,tp aku rasakan tidak mudah nak laksanakan apa yng dihajati...
insyallah dengan sentiasa berdoa,allah akan makbul kan..ameen...
hidup sebagai single mother,banyak cabaran dan dugaan.aku cuba harungi walaupun kadang-kadang tersungkur juga...but now,i hope tak nak tersungkur lagi...
pasti hikmah dengan segala apa yang berlaku akan tiba...aku harus bersabar dan bersabar...
tidak semestinya status mcm aku ni terlalu hina dipandangan orang kan?bukan kehendak aku..ini semua takdir yang allah dah tuliskan untuk kita.tp,janganlah orang menggambil kesempatan dengan atas apa yang berlaku pada kehidupan aku...i don't like okayyyy....
please belajar hormat pada-pada kaum hawa yang teraniaya ni...hehehehe....bukan apa,kadang-kadang orang suka ambil kesempatan...
okay la,tak mau create panjang-panjang...cukup sekadar ini sahaja...ada masa aku layan blog blk...
#cubaikhlasdlmhubungan

Monday, 22 April 2013

bukan dia,tapi aku


Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini cuba fahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti
ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku
Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah

Saturday, 20 April 2013

biarlah..

Biarlah hati slalu disakiti..
Biarlah sayang yng ikhlas selalu dipermainkan..
Aku redha dgn segala apa yng terjadi..
Menangislah selagi airmata tak kering..
Bila dah kering, hati akan menjadi batu..
Sekali lagi aku kecewa..
Mungkin dah takdir aku org suka tgk aku sedih..
But it's okay...aku cuba melangkah sejauh mana yng mungkin..
Hikmah utk aku mungkin blm tiba...
Aku bersabar dan bersabar..
But thanks..
Cukup untuk aku mudah percaya...

#airmatawanitajgnkaumengalirkan..

Thursday, 18 April 2013

mengalah..

memang aku cuba untuk faham..
tp,hati aku tak boleh nak faham..
maafkan...
kalau diteruskan,aku yang sakit..
kau teruskan ajelah dengan kehidupan yang telah kau bina selama ini..
biarkan aku hidup dengan cara aku...
memang janji kau tak nak tgk aku sedih,
tp dengan cara ini aku tak boleh teruskan...
terlalu perit dan kecewa yang aku dapat...
sejauh mana keikhlasan kau,memang aku tak pernah tahu...
hati yang tak selalu tenang bila kita bersama,buat aku memikirkan yang bukan-bukan...
aku cuba pujuk hati supaya percaya,tp makin sakit yang aku dapat...
kau bukan seperti yang aku kenal dulu..
biarlah aku yang melangkah pergi,untuk tidak wujud lagi...

#pasrah

Wednesday, 17 April 2013

K U N C I

Betul kata orang,jangan mudah percaya selagi dia tidak membuktikan apa-apa yang dikatakan..
tp,kenapa mesti nak taburkan segala2 kata yang boleh kita percaya??
but please la...jangan mainkan hati dan perasaan seseorang wanita yang telah memberikan segala
kepercayaan pada insan yang dia rasa boleh dipercayai...
mungkin sekali dua,boleh disabar lagi,tp cukup-cukuplah....
Memang payah untuk kita cari orang-orang yang baik,ikhlas dan jujur pada zaman skarang ni...
Cuba untuk membuka kunci hati yang pernah disakiti dan dilukai...
Tp,mungkin belum masanya lagi...
Atau tidak akan dibuka lagi...
Biarlah hati ini disimpan pada betul-betul orang yang pandai menjaga dan menghormati.

Sunday, 14 April 2013

kata hatiku

Bila hati berkata ingin disayangi,adakah yang sudi?atau hanya untuk persinggahan?
tp,bila hati sudah diberi dengan seikhlas hati,please la jgn dilukai...
yess i know,jodoh,maut,rezeki semua ditangan allah,tp....kita sebagai umatnyer perlu jugak berusaha...
cukup-cukup hidup yang dulu amat perit bagi aku...please jangan tambahkan lagi sengsara tu...

Monday, 25 March 2013

JANJI

Janji,semua orang boleh berjanji,
tp,boleh ke ditepati??
tak mahu mulut bicara lain,hati kata lain...
jangan diberikan penderitaan yang kau ingin berikan pada seseorang yang kau belum pasti,
cukup kehidupan yang dia lalui sebelum ini penuh dengan dugaan dan cerita sedih..
bagilah ruang kegembiraan pada dia untuk bersama dengan janji-janji yang kau berikan pada dia.

#tepatiitupenting


Sunday, 17 March 2013

adat

Bak kata orang terlajak perahu boleh berundur,telajak kata?ermmmm...boleh makan hati.So,sebelum nak menegur atau menuduh fikir dulu...kalau sekadar benda kecik-kecik tak payah nak marah sangat.Tak semua boleh terima apa yang kita kata.
One more thing,bila buat sesuatu keputusan pun haruslah kita fikirkan juga,jangan bila dah buat baru nak menyesal...tak guna dah.

#thinkpositif

kelukaan

luka diluar kita boleh nampak,luka didalam memang sukar nak nampak...muka ada senyum,tp kelukaan dihati tuhan sahaja yang tahu...so,please dont break my heart again!

#A J A R I A K U



Wednesday, 13 March 2013

KALI KEDUA


Sayang?cinta?apa u all rasa bila ada perasaan ini dalam diri kita..of coz hari-hari kita akan menjadi lebih gembira dan bersemangat nak lakukan segala kerja.
Itu juga yang aku harapkan.TP,pengharapan yang tinggi takut untuk aku letakkan dalam diri aku.Aku tak pernah kuncikan pintu hatiku ini untuk selama-lamanya.
Cukuplah seseorang yang dapat mengambil berat tentang diri aku dan asyraff dan memahami aku dan juga tidak akan menghancurkan hati aku lagi.Pengalaman dulu akan
aku belajar untuk menjadi yang terbaik.Keikhlasan dalam diri adalah penting untuk aku.Jangan hanya sekadar untuk jd penyinggahan dalam hati aku,please DONT!
dan aku tak gemar jugak laki-laki yang berayat manis ni...payah,cakap je lebih tp,satu pun tak betul..segala yang dicakap tak sama dengan apa yang dilakukan..
Biarlah sukakan seseorang tu dengan seikhlas hati,tak rugi pun... ^_^

#karma

TEGURAN..


tegur itu tak salah,tp cara untuk bertegur biarlah dengan cara yang betul.silap kata,orang akan tersentap atau kata lain terasa atau touching....
tp jgn sampai mulut bisa badan binasa.Tak semua akan boleh terima cara teguran kita..walaupun ia adalah BFF...Tp klu dah salah tempat dan ayat yang
mcm menyakitkan sape tak terasa.Klu kena kat aku,maybe boleh di tahap kesabaran lagi...klu lah dapat sikap manusia yang berdendam mcm mana plak??
buatnyer dia buat kita balik dengan cara sakit melalui ilmu halus kan susah....So,beringat-ingatlah dengan kata-kata teguran kita.Sebelum untuk bercakap
susun ayat dulu fikir dengan cara matang betul ke apa yang kita nak beritahu atau menegur.Kita masing-masing dah dewasa,diberikan akal dan fikiran dan juga
diajar adab dan sopan semasa disekolah dan didikan dari ibu bapa kita.Yang perempuan kita tunjukkan kelembutan manakala lelaki gentlemankan diri...Tak susah
pun nak lakukan begitu.

#lihatdirisendiridulu....

Tuesday, 12 March 2013

kata-kata

adatlah hidup kita...rambut sama hitam,hati lain-lain..Ada yang senang dan ada yang susah.Tp setiap apa yang terjadi sudah ditakdirkan olehnyer.Pasrah atau redha kita yang menilaikan.Usaha untuk teruskan kehidupan kita juga yng harus usahakan.Bagi yang baru hidup berumah tangga semoga dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna dan mendapat keberkatan...bagi yang takdir hidup alam umah tangga hanya sementara,i know ur heart...life must go on,mungkin jodoh kita akan datang lebih baik dari dulu.Itu yang aku set dalam mind,supaya hati  ni tak sentiasa sedih..Kita sebagai hambanyer juga kenalah sentiasa berdoa supaya kita ditemukan dengan insan yang setia dan ikhlas bersama kita.Percaya bahawa allah tu adil dengan setiap takdir yang dia berikan untuk hambanya.
Setiap hari,kita akan pikir apalah nasib kita akan datang...adakah nasib yang baik atau tak baik.panjang ke umur kita untuk melihat anak2 membesar depan mata.Aku bersyukur,umurku masih panjang untuk melihat ini semua.walaupun asyraff baru 2tahun tp,aku tetap rasa bersyukur.Insyallah aku cuba menjadi seorang ibu yang baik walaupun kadang-kadang datang mood sakit kepala tu,TERmarah jugak le kat asyraff bila dia buat perangai ngada2 tu.Klu boleh layan,memang aku layan... ^_^ tp,ibu happy sgt2 sebab asyraff dah pandai nak ajak ibu menulis dan mewarna skali...pandai plak tu,klu salah color,marah kita...heehee...so sweet la anak ibu ni.Ibu harap sangat2 asyraff rajin dan berusaha untuk mendapatkan kejayaan untuk masa hadapan.Biar senang hidup asyraff nanti...Cukup hidup ibu yang sedih,ibu tak nak asyraff turut sedih jugak.Dah besar nanti bila dah senang boleh bantu ibu bila ibu dah tua.Andai kata ibu pergi dulu,ibu nak asyraff sentiasa ingatkan ibu sedekahkan al-fatihah untuk ibu..Ibu nak asyraff tahu hidup di dunia ni klu xde cabaran dan dugaan bukan kehidupan namanyer...tanpa kita usaha sendiri,senang tu xkan datang...

#bersabar dan terus bersabar....

Thursday, 7 March 2013

muhasabah cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


::sesungguhnya,aku tahu bahawa allah sentiasa ada disisi kita::

Wednesday, 6 March 2013

heart..

takdir....sape yang ingin takdir seperti ini kan....aku redha jalan jodoh aku hanya setakat itu sahaja.Biarlah hidup sebegini dari hidup asyik dimakan hati.Jadikan pengalaman ujian yang dulu itu sebagai pengajaran buat aku.Tipulah kalau aku kata perasaan sedih tak pernah wujud dalam kehidupan aku sekarang...cuma aku tak nak tunjukkan saje...buat-buatkan hati gembira ^-^ tp,dalam keadaan kita macam ni,tidak semua akan suka berkawan ngan status mcm ni..klu berkawan pun depan je baik,belakang macam2 citer diceritakan...yelah mana yang dah kawin takut dirampas lakinyer la...kata aku ni menggatal la...macam2 la kan...whatever she say,aku bersabar je....sbb bukan aku yang nak menjadikan takdir ini...ini semua kehendak dari yang atas allah s.w.t....
Dengan ini aku berharap suatu hari nanti allah akan bukakan pintu kebahagiaan dan jodoh yang terbaik untuk aku..ameen..biarlah apa orang nak katakan pasal aku,asalkan aku bahagia disamping my lovely son muhammad asyraff..seberat mana pun dugaan yang datang,aku cuba menepis dan tepis selagi mampu.mulut orang kita xboleh nak tutupkan...dan biarlah orang nak bagi pahala pada kita...
Untuk memiliki cinta sejati bukanyer senang untuk kita mencari,berdoa dan terus berdoa semoga allah berkenankan doa kita.Nak dapatkan insan adam yang budiman dan baik hati memang susah...tp,aku harapkan biarlah ia dapat menerima aku dan asyraff dengan rela hati dan ikhlas untuk menjaga kami sebagai ahli keluarga sampai keakhir hayat.
http://www.youtube.com/watch?v=U66HJ5Qt9BI
*bila dengar lagu ni,aku redha bahawa cinta sejati itu akan wujud...
^-^

Thursday, 14 February 2013

dinner captures...... ^_^

mcm terlebih posing le plak....aduhhhh....

rock steadyyyyyyy!!!!
wif boss alan tan...
group gegel2 parts amik gambor....cun sehhhhhhh....
ni lah boy yng xbrapa ensem from parts dept
tu dio...awie in the house....rock bebeh!!!

ni dia....shahirah and zizan...hansome ko zizan...memang kelakor....pecah perut dibuat nyer...

Tuesday, 8 January 2013

lara hidup....

hi 2013...semoga pembuka tahun baru yng sangat baik untuk kehidupan aku...walaupun tahun 2012 banyak tersimpan kenangan pahit dan manis akan aku cuba simpan dalam kehidupan aku...yang pahit,aku cuba akan buang jauh2 dalam ingatan aku...segala apa yng terjadi,biarlah rahsia kehidupan aku sampai dunia dan akhirat...
   oklah,xyah nak citer panjang2 bab pahit dan manis la ye...karang ada yang jatuh airmata ni...hehehehe....bukan apa kadang-kadang aku terasa pelik dengan sikap sesetengah manusia yng mempunyai hati yang tersangatlah busuk...aku tak pernah kenal dia selama aku bekerja di naza tup tup nak cari pasal plak....aku rasa,selama ni aku xpernah berurusan KERJA OR BISNESS ke...kannnnnn....yang dia nak cari pasal dengan aku ni kenapa la...leh plak cakap kat orang yang dia memang xsuka aku...apa korang rasa bila ada berkata macam tu...sedih and tersentap tak?xpelah,aku senyapkan lagi and aku sentiasa berfikirkan positif...seperti orang kata "biar orang buat kita,jangan kita buat orang"yess aku setuju..
   tp,semalam memang aku terasa betul2 sakit hati...aku rasa suara aku kuat untuk meminta izin balik awal sebab asyraff xshat muntah2 diminta bawak ke hospital....boleh plak dia buat macam2 xdengar...hati aku rasa macam nak menangis pun ada jugak sebab kenapalah allah ciptakan manusia macam ni...aku rasa aku xpenah nak sakitkan hati sesape...tp,kenapa mesti dia nak sakitkan hati aku...yallah sesungguhnyer jikalau aku insan yang teranaiya,kau berikanlah pintu rahmat pada dia....
  aku sedar,aku insan yang tak sempurna nak berkawan dengan siapa2 pun...aku hanya seorang wanita ibu tunggal yang telah banyak menyusahkan semua orang...tp,ini bukan kehendak aku...takdir yang telah menentukan...aku sebagai hambanyer tidak mampu melawan tp aku sentiasa berdoa semoga allah sentiasa memaafkan orang2 yang selalu menyakitkan hatiku...dan juga pintu kebahagiaan untuk aku dan asyraff..
  ya allah,jika ini takdir yang telah engkau berikan untuk kehidupan aku,aku redha menerimanyer dan semoga aku kuat dan tabah untuk mengharungi segala2 nyer...ameen...